KATA NAMA ( KOH YEE JIA )

Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya perkataan demikian menamakan oranghaiwantempatbenda, atau konsep.[1] Ia terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain yang hadir sebelum dan selepasnya. Contohnya:

Kata nama khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan
  • Hidup > Manusia / Bukan manusia
  • Tak hidup


Kata nama am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum[2] seperti dalam contoh di bawah:
Gambar rajah kata nama am.
benda: sekolah, kereta, cakerawala
perkara: roh, udara, iklim
konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang lebih kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:
  1. Kata nama am hidup manusia: petani, ayah, ibu, sasterawan, pelukis, jurujual
  2. Kata nama am hidup bukan manusia: ayam, pokok, harimau, malaikat, ikan, bidadari
  3. Kata nama am tak hidup institusi: sekolah, persatuan, perpustakaan, hospital, pejabat pos, stesen bas
  4. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit: rumah, lautan, langit, cakerawala, kereta, pekan
  5. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang: senyuman, bayangan, pendapat, cadangan
  6. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang: iklim, keindahan, ajaran, hasrat
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.


Ulasan